Setelah selesai mengajar, seorang guru berdiri di depan kelas bersama beberapa
barangan. Kemudian, beliau telah memasukkan bola-bola golf ke dalam
sebuah balang. Seterusnya beliau bertanya kepada murid-muridnya, Adakah
balang tersebut sudah penuh? Dan mereka menjawab "YA".
Guru tersebut mengambil sekotak guli dan menuangkannya kedalam balang tadi. Sekali
lagi dia bertanya, adakah balang tersebut sudah penuh? Sekali lagi
mereka menjawab "YA".
Tanpa menjelaskan tindakannya, guru tadi
mengambil sekotak pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan diantara bola golf dan guli. Sekali
lagi ia bertanya samada balang tersebut sudah penuh. Dalam keadaan
penuh persoalan, murid2nya menjawab, "YA".
Sejurus kemudian, guru tersebut mengeluarkan 2 cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan
kedua-dua cawan tadi ke dalam balang yang telah sedia ada diisi bola
golf, guli dan pasir tadi. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat
diantara pasir.
"Sekarang saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola
golf mewakili perkara-perkara penting - tuhan, keluarga, anak-anak,
kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda. Jika anda hilang
segala-galanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup
anda masih penuh."
"Guli ini pula mewakili perkara lain seperti
kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir mewakili
perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."
"Jika anda memasukkan pasir terlebih dahulu, anda tidak akan mempunyai ruang untuk
guli dan bola golf sama seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan
masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai
ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda."
"Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan
masa untuk gembira untuk anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan
kesihatan, bawa keluarga makan malam dan mempunyai masa untuk membersih
rumah dan urusan lain. Sila ambil berat bola golf dahulu iaitu perkara
yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah
pasir."
Salah seorang muridnya bangun dan bertanya; apa pula yang diwakili oleh 2 cawan kopi tersebut?
Guru tersebut tersengih. "Saya gembira ada yang bertanya. Ia menunjukkan
bahawa tidak kira bagaimana penuhnya kehidupan anda, akan sentiasa ada
ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan."
No comments:
Post a Comment